Johor

Khazanah dari Johor

Posted on Updated on

Di zahirkan beberapa keping matawang dari negera Johor… klik pada gambar untuk mengikuti perkembangan tentangnya.

Rusdi Jusoh's photo.

Rusdi Jusoh's photo.

Rusdi Jusoh's photo.

 

Acuan Mawatang Cincin Johor

Posted on Updated on

 

Raja Kamarazaman's photo.
Raja Kamarazaman's photo.

Raja Kamarazaman's photo.

Raja Kamarazaman's photo.

Satu penemuan yg di percayai acuan untuk mawatang ‘cincin’ telah di temui di Johor oleh kumpulan ‘metal detector’ di sana.

Perbincangan mengenainya sedang berlangsung di grup Matawang Kesultanan Johor, anda boleh mengikutinya dengan klik di sini

Pitis Maa-Lik ( مالك ) Al-‘adil ( العادل )

Posted on

Penggunaan Maa-Lik ( مالك ) pada pitis amat jarang di temui, pada kebiasaanya di tulis tanpa “alif” Malik ( ملك ). Pitis ini di kodkan SS37, rarity RR.

SS37 Johor i
klik untuk pembesaran
SS37 Johor ii
klik untuk pembesaran

Berdasarkan tulisan (trace merah) kami mendapati gaya tulisannya tidak kemas dan off-center menyebabkan huruf “Lam” hilang. Terdapat beberapa keping yang sempat kami lihat yang mana tulisannya agar kemas,

SS37 Johor trace
tracing

Kemungkinan ada terdapat pitis ini yang ejaannya sebelah ‘Maa-lik’ dan sebelah lagi ‘Malik’

Pitis Malik Al-Adil ‘spike’

Posted on Updated on

Untuk lebih mudah di ingati maka kami tambah perkataan ‘spike’ (paku) pada Keton berkod SS36, rarity RR. Khatnya amat menarik. Penelitian kami mendapati hanya pitis ini yang di tulis dengan khat sebegini.

Perkataan Malik ( ملك ) dan Al-Adil – 2 baris (  دل )( ا لعا ) seperti contoh pitih Kod SS28 (Johor). Bedanya hanya pada bentuk dan tulisannya sahaja.

ss36 johor i
Malik (klik untuk gambar lebih jelas)
ss36 johor ii
Al-Adil (klik untuk gambar lebih jelas)

Pitis Makam Tauhid

Posted on Updated on

Makam Tauhid terletak di Kg Makam 2 kilometer dari Kota Tinggi.Kota Makam Tauhid pernah dijadikan ibu Negeri Johor buat kali pertama pada tahun 1637 semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah III (1623-1677)

ss25 johor
Makam Tauhid
ss25 johor
Adil

Satu jumpaan pitis timah Johor (KETON) yang bertulis Makam Tauhid ( مقام توحيد ) dan ‘Adil ( عادل ) di sebelahnya. Berdiameter +/-16.8 mm dan berat 1.77 gram.

Buat masa ini itu sahaja maklumat yang kami perolehi. Menurut buku rujukan pitis ini kod SS25, rarity : RR

*klik pada gambar untuk pembesaran