Kelantan

Al-Julus Kelantan (penemuan baru)

Posted on

kelantan1

Penemuan kedua pitis AlJulus kelantan bersaiz 10 sen dari logam timah telah di temui di tepi Sungai Kelantan oleh pakar metal detector saudara Md Zul (mdzul Kolam)

Sebelum ini pitis ini telah di temui oleh saudara Kam Lam (kamlam). Setakat ini penulis berpendapat ia adalah dari Kerajaan awal Kelantan.

Insyaa Allah di lain masa jika ada maklumat baru akan kami sambung perbincangan mengenainya.

Advertisements

Harga Pitis Kelantan

Posted on Updated on

Selesai tadi acara lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS) no.166 yang berlangsung di Muzium Negara.

Antara item yang di lelong adalah Pitis Kesultanan Kelantan. Beberapa item yang telah dilelong adalah seperti berikut : (Rujukan dari blog http://dniewcollectors.blogspot.my/)

No. 119 (GF) RM80

No. 120 (aEF) RM60


No. 123 (aEF) RM50

No. 249 (GF) RM80
No. 250 (GF) RM80

No.251 (GF) RM200

No. 252 (GF-GVF) RM180 (3keping)

No. 253 (VF) RM80

No.254 (GVF-EF) RM200

No. 255 (AU58) RM300

No. 256 (GVF-EF) RM120

No.257 (MS62) RM300

No. 283 RM100 (SS21 palsu)

================Lelongan pada 27/9/2015 ====================


No.178 (ef) Rm250

No. 179 (avf) Rm150

No.180 (unc) Rm150

 

 

Insyaa Allah di lain masa kita sambung lagi 🙂 di harap anda dapat manfaat dan sebarkannya kepada yang lain.

 

Khat dan Pitis tak dapat di pisahkan

Posted on Updated on

Menatap pitis menenagkan jiwa, menghayati ukiran khatnya yang begitu indah. Itulah antara penyebab mulanya kami dalam bidang numismatik Pitis Kesultanan.

Penggunaan khat pada matawang memberi bukti yang jelas bahawa Islam telah tersebar ke Tanah Melayu lebih awal lagi. Tetapi yang menjadi misteri sekarang siapakah penulis khat tersebut?

Di manakah sumber yang sahih mencatat tentang pengeluaran Pitis tersebut? Apakah penjajah telah menghapuskan bukti agar perkara ini terus fana dari pemikiran rakyat? Agar rakyat terus meminggirkan Tulisan Khat?

Berminat dengan khat? KLIK DI SINI

Tugas Siapa?

Posted on Updated on

IMG-20130626-WA0019

Sering menjadi persoalan bila sekeping pitis di jumpai samada tak sengaja atau sengaja. Lalu pelbagai pihak memberikan pendapat masing2. Ada yang mencadangkan seperti berikut :

  1. Serah kepada pihak berwajib – kerana khazanah ini perlu di pulihara
  2. Simpan sendiri – kerana di Muzium sudah BANYAK item ini (fakta?)
  3. Jual – mendapatkan keuntungan

Pernah berlaku satu penemuan besar-besar di suatu tempat di Kelantan satu ketika dulu sehinggakan pihak berwajib datang dan melarang orang ramai datang mencarinya. Persoalannya apakah yang di jumpai mereka? Di manakah item itu di pamerkan?

Menurut perhatian kami tidak ramai rakyat Malaysia yang mengenali Pitis Kesultanan ini, yang lebih menyedihkan yang tertanam di benak fikiran sesetengah mereka bahawa item ini mempunyai ‘kuasa’ untuk TARIK DUIT tak lebih dari itu.

Persoalan ini kami timbulkan apakah pihak berwajib tidak mempunyai dana untuk membina Muzium / Galeri / Sudut khas untuk item ini? ATAU tidak berminat….. fikir2kan lah

 

Penemuan Terbaru Pitis Kelantan : Pitis Bulat Tengah Petak

Posted on Updated on

Pitis Kelantan bertarikh 1256H bersamaan 1840M semasa pemerintahan Sultan Muhammad II. Berbentuk Bulat dan lubang petak di tengah.

Menurut pemilik pitis ini Saudara Syamsyul Azam Mohamad (Kam Lam) pitis ini berdiameter +/- 28mm dan amat nipis. Tulisan depannya Khalifah Al-Mukminin (tulisan normal) dan belakangnya “Karam? Duriba? Sanah” dengan tulisan terbalik.

SS9 Unlisted i
Khalifatul Mukminin (off-center)
SS9 Unlisted ii
Karam? Duriba? Sanah – retrograde

Setakat jumpaan dan yg di maktubkan dalam buku rujukan adalah seperti berikut :

1. Khalifatul Mukminin dan Karam? Duriba? Sanah 1256 (tulisan normal keduanya) kod SS9

2. Khalifatul Mukminin (tulisan terbalik ) dan Karam? Duriba? Sanah 1256 (normal) kod SS10a

3. Khalifatul Mukminin dan Karam? Duriba? Sanah 1256 (tulisan terbalik keduanya) kod SS10b

4. Khalifatul Mukminin (normal) dan Karam? Duriba? Sanah 1256 (tulisan terbalik) –UNLISTED

Insyaa Allah kami akan teruskan kemaskini untuk pitis ini di lain masa.

Khalifatul Mukminin

Posted on Updated on

Pitis Kelantan tanpa tarikh, mempunyai pelbagai diameter, dicatatkan dari 22mm – 29mm. Pitis ini mempunyai tulisan Khalifah Al-Mukminin ( خليفة المؤمنين ). Yang menariknya Pitis ini terbahagi kepada beberapa variasi tulisan:

i. Tulisan terbalik sebelah – KEL.R1a (Kod SS3)

ii. Tulisan terbalik di kedua belah – KEL R1b (Kod SS4)

iii. Tulisan ber’bunga’ (florish) atau di kenali sebagai ekor ikan / udang (fishtail / prawntail) Tulisan normal – KEL.R1f (Kod SS2), juga terdapat pada KEL.R1a dan KEL.R1b

iv. Tulisan silap ejaan (miss-spelt) (Kod SS3)

Insyaa Allah kami akan kemaskini perbincangan ini di lain waktu

fishtail
KEL.R1a Fishtail
SS1 iii
KEL.R1
SS1 iv
KEL.R1

Jumpaan pertama

Posted on Updated on

Pada 31 Mei 2015, kami memulakan semula pencarian pitis Kesultanan setelah ‘berehat’ hampir 2 tahun dari dunia MD. Alhamdulillah, jumpaan pertama adalah pitis tidak bertarikh bertulis “Khalifatul Mukminin” di kedua2 belah muka.

S1 ii
klik untuk pembesaran
S1 i
klik untuk pembesaran

Pitis ini di kodkan sebagai SS1 menurut buku rujukan numismatik. Apa yang menarik tentang pitis ini ialah saiznya yang berbeza2 dan kami sedang mengkajinya, apakah pitis ini di buat berterusan sehingga ke pengeluaran pitis terakhir Kelantan pada 1904.

Sama2 kita nantikan hasil kajian ini. (kami mengharapkan agar anda dapat kongsi maklumat ini dengan rakan2 yang lain juga)