kelantan

Al-Julus Kelantan (penemuan baru)

Posted on

kelantan1

Penemuan kedua pitis AlJulus kelantan bersaiz 10 sen dari logam timah telah di temui di tepi Sungai Kelantan oleh pakar metal detector saudara Md Zul (mdzul Kolam)

Sebelum ini pitis ini telah di temui oleh saudara Kam Lam (kamlam). Setakat ini penulis berpendapat ia adalah dari Kerajaan awal Kelantan.

Insyaa Allah di lain masa jika ada maklumat baru akan kami sambung perbincangan mengenainya.

Advertisements

Khat dan Pitis tak dapat di pisahkan

Posted on Updated on

Menatap pitis menenagkan jiwa, menghayati ukiran khatnya yang begitu indah. Itulah antara penyebab mulanya kami dalam bidang numismatik Pitis Kesultanan.

Penggunaan khat pada matawang memberi bukti yang jelas bahawa Islam telah tersebar ke Tanah Melayu lebih awal lagi. Tetapi yang menjadi misteri sekarang siapakah penulis khat tersebut?

Di manakah sumber yang sahih mencatat tentang pengeluaran Pitis tersebut? Apakah penjajah telah menghapuskan bukti agar perkara ini terus fana dari pemikiran rakyat? Agar rakyat terus meminggirkan Tulisan Khat?

Berminat dengan khat? KLIK DI SINI

Tugas Siapa?

Posted on Updated on

IMG-20130626-WA0019

Sering menjadi persoalan bila sekeping pitis di jumpai samada tak sengaja atau sengaja. Lalu pelbagai pihak memberikan pendapat masing2. Ada yang mencadangkan seperti berikut :

  1. Serah kepada pihak berwajib – kerana khazanah ini perlu di pulihara
  2. Simpan sendiri – kerana di Muzium sudah BANYAK item ini (fakta?)
  3. Jual – mendapatkan keuntungan

Pernah berlaku satu penemuan besar-besar di suatu tempat di Kelantan satu ketika dulu sehinggakan pihak berwajib datang dan melarang orang ramai datang mencarinya. Persoalannya apakah yang di jumpai mereka? Di manakah item itu di pamerkan?

Menurut perhatian kami tidak ramai rakyat Malaysia yang mengenali Pitis Kesultanan ini, yang lebih menyedihkan yang tertanam di benak fikiran sesetengah mereka bahawa item ini mempunyai ‘kuasa’ untuk TARIK DUIT tak lebih dari itu.

Persoalan ini kami timbulkan apakah pihak berwajib tidak mempunyai dana untuk membina Muzium / Galeri / Sudut khas untuk item ini? ATAU tidak berminat….. fikir2kan lah

 

Penemuan Terbaru Pitis Kelantan : Pitis Bulat Tengah Petak

Posted on Updated on

Pitis Kelantan bertarikh 1256H bersamaan 1840M semasa pemerintahan Sultan Muhammad II. Berbentuk Bulat dan lubang petak di tengah.

Menurut pemilik pitis ini Saudara Syamsyul Azam Mohamad (Kam Lam) pitis ini berdiameter +/- 28mm dan amat nipis. Tulisan depannya Khalifah Al-Mukminin (tulisan normal) dan belakangnya “Karam? Duriba? Sanah” dengan tulisan terbalik.

SS9 Unlisted i
Khalifatul Mukminin (off-center)
SS9 Unlisted ii
Karam? Duriba? Sanah – retrograde

Setakat jumpaan dan yg di maktubkan dalam buku rujukan adalah seperti berikut :

1. Khalifatul Mukminin dan Karam? Duriba? Sanah 1256 (tulisan normal keduanya) kod SS9

2. Khalifatul Mukminin (tulisan terbalik ) dan Karam? Duriba? Sanah 1256 (normal) kod SS10a

3. Khalifatul Mukminin dan Karam? Duriba? Sanah 1256 (tulisan terbalik keduanya) kod SS10b

4. Khalifatul Mukminin (normal) dan Karam? Duriba? Sanah 1256 (tulisan terbalik) –UNLISTED

Insyaa Allah kami akan teruskan kemaskini untuk pitis ini di lain masa.

Khalifatul Mukminin

Posted on Updated on

Pitis Kelantan tanpa tarikh, mempunyai pelbagai diameter, dicatatkan dari 22mm – 29mm. Pitis ini mempunyai tulisan Khalifah Al-Mukminin ( خليفة المؤمنين ). Yang menariknya Pitis ini terbahagi kepada beberapa variasi tulisan:

i. Tulisan terbalik sebelah – KEL.R1a (Kod SS3)

ii. Tulisan terbalik di kedua belah – KEL R1b (Kod SS4)

iii. Tulisan ber’bunga’ (florish) atau di kenali sebagai ekor ikan / udang (fishtail / prawntail) Tulisan normal – KEL.R1f (Kod SS2), juga terdapat pada KEL.R1a dan KEL.R1b

iv. Tulisan silap ejaan (miss-spelt) (Kod SS3)

Insyaa Allah kami akan kemaskini perbincangan ini di lain waktu

fishtail
KEL.R1a Fishtail
SS1 iii
KEL.R1
SS1 iv
KEL.R1