Patani

Terbaik dari Patani

Posted on Updated on

Sekarang sedang berlangsung Pertandingan Matawang paling sempurna… di tampilkan beberapa keping matawang dari rantu asia. Di ilustrasikan oleh purbawan’s team dengan meletakkannya daalam slab agar lebih kemas penampilannya.

Anda boleh ikuti perbincangan mengenai setiap matawangan tersebut dengan klik pada link di  gambar tersebut.

Rusdi Jusoh's photo.

Rusdi Jusoh's photo.

Rusdi Jusoh's photo.

Rusdi Jusoh's photo.

 

 

 

Persamaan Pitis Turki dan Patani

Posted on Updated on

 

izzahnasrohu

Suratan atau kebetulan itulah mampu di katakan. Walaupun begitu ini memberikan hujah bahawa penulis pitis Kesultanan Melayu dahulu adalah daripada Kerajaan Turki.

Penggunaan kalimah yang sama عز نصره ضرب فى pada kedua-dua pitis dan tahun yang hampir sama 1277H dan 1301H (1883 masihi) amat menarik perhatian kami utk meneruskan lagi kajian tersebut.

Insyaa Allah pengkajian ini akan di teruskan dari masa ke semasa, jangan lupa terus melayari Purbawan.com.

Posted on

12313574_1811464259080175_7133905588994592423_n

•  Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.
• Thalang (Tanjung Salang)
• Yala (Jala)
• Betong (Betung)
• Bannang Sata (Bendang Setar)
• Raman (Reman)
• Kabang (Kabae / Kabe)
• Krong Pinang (Kampung Pinang)
• Narathiwat (Menara)
• Tak Bai (Tabal)
• Rueso (Rusa)
• Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
• Su-ngai Padi (Sungai Padi)
• Tanyongmat (Tanjung Mas)
• Buketa (Bukit Tar)
• Pattani (Pantai Ini)
• Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)
• Yaring (Jaring)
• Krue Sae (Gersik)
• Panare (Penarik)
• Yarang (Jarang @ Binjai Lima)
• Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’
• Chana (Chenok)
• Na Thawi (Nawi)
• Thepha (Tiba)
• Saba Yoi (Sebayu)
• Ranot (Renut)
• Sadao (Sendawa)
• Samila Beach (Pantai Bismillah)
• Satun (Setul)
• Khuan Don (Dusun)
• Phang Nga (Pungah).
• Ko Similan (Pulau Sembilan)
• Ko Panyee (Pulau Panji)
• Ko Phi Phi (Pulau Pi Ah Pi)
• Takua Pa (Kupa)
• Phattalung (Bedalong / Merdelong)
• Trang (Terang)
• Ranong (Rundung)
• Krabi (Ghraibi)
• Chaiya (Cahaya)
• Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma). 
Nama lama bagi negeri ini ialah ‘Tambralingga / Ligor’.
• Tenasserim (Tanah Seri). 
Di dalam wilayah negara Myanmar (Burma) pada hari ini.

Pitis Terengganu Lubang Bulat

Posted on Updated on

Tertera “Maalikul Adil Khalifatul Mukminin Sanah 12 xx” , belakangnya kosong. berdiameter +/- 32mm pitis yang boleh di kategorikan besar.

Inilah contoh antara pitis Terengganu* yang mempunya lubang (hole) di tengah-tengahnya. kebanyakkan Pitis terengganu tiada lubang.

*TERKINI : Beberapa orang numismatik menerima pitis ini berasal dari Patani berdasarkan beberapa fakta yang akan di kupas sedikit masa lagi.

SS5

Pitis Patani Tahun 1845 masihi

Posted on Updated on

Rekod terkini paling besar (diameter) yang di temui adalah 36mm. Tertera ‘Khalifatul Mukminin’ ( خليفة المؤمنين )  Sanah 1261H (1845), dan belakangnya ‘Ini Pitis Belanja Raja Patani’ ( اني فتيس بلنجا فطانى )

Kami merekodkannya sebagai PAT.R2 <– klik di sini

SS68
Khalifatul Mukminin Sanah 1261
SS68
Ini Pitis Belanja Raja Patani

Baiki Pitis : Baik atau Tidak Baik??

Posted on Updated on

Pernahkah anda mendengan pitis di baiki? Pitis yang di baiki pada hakikatnya merosakan nilai samada nilai $$ atau nilai sejarahnya.

Tetapi jika pitis itu di ‘baiki’ menggunaknan program khas seperti Photoshop, apakah ianya salah? Ternyata tujuan pitis itu di baiki ialah untuk proses pembelajaran.

jarin i
Sebelum (klik untuk pembesaran)
Jarin ii
Selepas (klik untuk pembesaran)

Maka kami di PURBAWAN terpaksa membaiki beberapa keping pitis untuk di kongsikan kepada anda semua atas tujuan pengecaman dan pembelajaran agar ianya mudah di fahami.

Pun begitu kami baisanya memaklumkan jika sesuatu pitis itu di baiki atau tidak. Yang pasti kami tidak sekali-kali menggunakan gambar pitis yang telah di baiki untuk menipu pelanggan kami.

Patani 1284H bersamaan 1868M – Retrograde

Posted on

Pernahkah anda mendengar perkataan ‘retrograde’ ?? Dalam ilmu numismatic retrograde di rujuk kepada tulisan songsang bagi setiap pitis.

Antara yang sukar untuk di perolehi ialah pitis Patani yang bertulis Al-Imam (1) Al-Malik (4) Al-Bilad (8) Al-Fathoni (2) (imej i & iii) manakala di sebelahnya pula bertulis As-Sultan Al-A’zhom wa Khalifah Al-Kiram (imej ii & iv)

Untuk keterangan lebih lanjut sila klik di sini PAT.R1b (SS71)

imej iv - klik untuk pembesaran
imej iv – klik untuk pembesaran
imej iii - klik untuk pembesaran
imej iii – klik untuk pembesaran
klik untuk pembesaran
Imej 1 : klik untuk pembesaran
S71 ii
Imej II : klik untuk pembesaran