Terengganu

Pitis Terengganu yang tercantik

Posted on Updated on

Orang Terengganu memiliki budaya dan kemahiran seni tangan yang hebat, ini dapat di buktikan melalui hasil tinggalan zaman berzaman.

Klik gambar untuk penerangan lebih lanjut.

Rusdi Jusoh's photo.

Rusdi Jusoh's photo.

Rusdi Jusoh's photo.

Rusdi Jusoh's photo.

Rusdi Jusoh's photo.

Harga Pitis Terengganu

Posted on Updated on

Sambutan ramai berkaitan artikel kami berkaitan Harga Pitis Kelantan maka di sini kami akan menyenarikan harga lelongan bg pitis setiap negeri sepanjang tahun 2015 oleh MNS .

Sumber dari http://dniewcollectors.blogspot.my/

No.186 (vf) RM150

No.187 (vf) Rm100

No.202 (avg GVF) RM300

No.294 (ef) Rm100

No 295 (ef) RM150

Teruskan bersama kami untuk mengetahui update terkini harga lelongan pitis.

 

Acuan Pitis bernilai…..

Posted on Updated on

Kali Malik Al-adil.. itulah yang tertera pada pitis yg di percayai dari Terengganu. Acuan ini jika diperhatikan bukan berbentuk pokok sepertimana yang di ketahui.

Walaubagaimanapun, acuan ini telah dilelong di acara lelongan bertempat di Muzium Negara pada hari ini.

Harganya ialah RM800. rujukan klik disini

 

Pitis Terengganu Lubang Bulat

Posted on Updated on

Tertera “Maalikul Adil Khalifatul Mukminin Sanah 12 xx” , belakangnya kosong. berdiameter +/- 32mm pitis yang boleh di kategorikan besar.

Inilah contoh antara pitis Terengganu* yang mempunya lubang (hole) di tengah-tengahnya. kebanyakkan Pitis terengganu tiada lubang.

*TERKINI : Beberapa orang numismatik menerima pitis ini berasal dari Patani berdasarkan beberapa fakta yang akan di kupas sedikit masa lagi.

SS5

Pitis Malik Al-Adil Tengah Lubang Petak

Posted on Updated on

Penemuan terbaru oleh saudara Anuar Nordin di Kelantan amat membanggakan. Kondisi yang amat cantik dengan setiap tulisannya jelas dan tiada air-trap.

SS31 iiSS31 iDapat melihat dengan mata kasar dan memegangnya sendiri memberikan kepuasan yang tidak terhingga. Pitis ini biasa di jumpai di Kelantan dan Terengganu.

Tertera tulisan Malik Al-Adil (florish), khat ‘ekor udang’ di kenali oleh numismatis Pitis Kesultanan. Diameter 28.5 mm dan berat 5.04 gram. Belakang kosong.

Terdapat juga pitis ini di tengah nya lubang bulat, satu variasi yang lebih susah untuk di temui berbanding dengan yang lubang petak.

Klik pada gambar untuk melihat gambar yang lebih jelas. Jangan lupa saksikan video 3D pitis ini… KLIK DI SINI

Pitis Astakona Terengganu

Posted on

Astakona bermaksud segi lapan.

Terdapat beberapa jenis Pitis Terengganu yang berbentuk Astakona ini. (klik gambar untuk melihat lebih jelas)

1. Uniface : Malik Al-Adil 2 baris

SS26 SS26

2. Uniface : Malik Al-Adil 3 baris

ss31a SS31a

3. Dwiface : Malik Al-Adil dan Khalifatul Mukminin

SS25 SS25

4. Dwiface Malik Al-Adil dan corak bunga

Terdapat juga variasi retrograde dan error. Insyaa Allah di lain kali kami teruskan perkongsian ini

Penemuan Baru : Belanja Kemaman Sanah 1256H (1840)

Posted on Updated on

Satu lelongan telah tamat pada hari ini mencapai nilai tertinggi setakat ini bagi lelongan Pitis Kesultanan (timah) dengan nilai RM1,244.56

ebay aki

Pitis yang baru ditemui oleh Aki Ikhwan (MD Terengganu) telah membongkar sejarah baru bagi Negeri Terengganu. Pitis Belanja Kemaman ini berdiameter +/- 22mm dan mirip Pitis Belanja Terengganu Sanah 1255* – rujuk Imej III (*menurut buku rujukan 1299)

Insya Allah artikel ini akan dikemaskini setiap masa jika ada maklumat baru tentang pitis ini. Terlalu banyak yang kita perlu kaji dan bongkar tentang warisan nenek moyang kita ini.

Video 3D untuk Belanja Kemaman boleh di tonton di sini –> VIDEO 3D BELANJA KEMAMAN <–

FP PurbawanOnline klik di sini — > https://www.facebook.com/purbawanonline

SS14 i
imej III : klik untuk pembesaran
UNL Kemaman i
imej I : klik untuk pembesaran
UNL Kemaman ii
imej II : klik untuk pembesaran

Pitis Lingkaran Bergigi

Posted on Updated on

Berdiameter +/- 23mm (lebih kurang 20 sen) pitis ini juga amat jarang di temui dalam kondisi yang agak sempurna. Ramai yang ingin mengetahui tentang harganya. Boleh di kategorikan agak mahal juga tetapi pitis Kesultanan lazimnya bergantung kepada kondisi, lambakan, permintaan dan paling penting pemiliknya.

Pitis ini berbeza dengan pitis bertulis Malik Al-Adil yang lain berdasarkan lingkaran bergiginya. Pitis tanpa tarikh ini di katogerikan RR (sukar tahap 2).

SS29 i
klik untuk pembesaran
SS29 ii
klik untuk pembesaran

Jangan lupa tonton PItis ini dalam video 3D. Klik di sini

Pitis Baginda Omar Tahun 1849

Posted on Updated on

Tertera “Dhuriba Traqonu Sanah 1265H (1849 masihi) dan belakangnya kosong. Pitis ini amat sukar untuk di perolehi dalam bentuk yang ‘sempurna’, jenis tulisan tenggelam yang terlalu nipis mudah terdedah kepada kerosakan fizikal.

SS12 i
klik untuk pembesaran
SS12 ii
klik untuk pembesaran