Month: June 2015

Pitis Terengganu Lubang Bulat

Posted on Updated on

Tertera “Maalikul Adil Khalifatul Mukminin Sanah 12 xx” , belakangnya kosong. berdiameter +/- 32mm pitis yang boleh di kategorikan besar.

Inilah contoh antara pitis Terengganu* yang mempunya lubang (hole) di tengah-tengahnya. kebanyakkan Pitis terengganu tiada lubang.

*TERKINI : Beberapa orang numismatik menerima pitis ini berasal dari Patani berdasarkan beberapa fakta yang akan di kupas sedikit masa lagi.

SS5

Pitis Patani Tahun 1845 masihi

Posted on Updated on

Rekod terkini paling besar (diameter) yang di temui adalah 36mm. Tertera ‘Khalifatul Mukminin’ ( خليفة المؤمنين )  Sanah 1261H (1845), dan belakangnya ‘Ini Pitis Belanja Raja Patani’ ( اني فتيس بلنجا فطانى )

Kami merekodkannya sebagai PAT.R2 <– klik di sini

SS68
Khalifatul Mukminin Sanah 1261
SS68
Ini Pitis Belanja Raja Patani

Penemuan Terbaru Pitis Kelantan : Pitis Bulat Tengah Petak

Posted on Updated on

Pitis Kelantan bertarikh 1256H bersamaan 1840M semasa pemerintahan Sultan Muhammad II. Berbentuk Bulat dan lubang petak di tengah.

Menurut pemilik pitis ini Saudara Syamsyul Azam Mohamad (Kam Lam) pitis ini berdiameter +/- 28mm dan amat nipis. Tulisan depannya Khalifah Al-Mukminin (tulisan normal) dan belakangnya “Karam? Duriba? Sanah” dengan tulisan terbalik.

SS9 Unlisted i
Khalifatul Mukminin (off-center)
SS9 Unlisted ii
Karam? Duriba? Sanah – retrograde

Setakat jumpaan dan yg di maktubkan dalam buku rujukan adalah seperti berikut :

1. Khalifatul Mukminin dan Karam? Duriba? Sanah 1256 (tulisan normal keduanya) kod SS9

2. Khalifatul Mukminin (tulisan terbalik ) dan Karam? Duriba? Sanah 1256 (normal) kod SS10a

3. Khalifatul Mukminin dan Karam? Duriba? Sanah 1256 (tulisan terbalik keduanya) kod SS10b

4. Khalifatul Mukminin (normal) dan Karam? Duriba? Sanah 1256 (tulisan terbalik) –UNLISTED

Insyaa Allah kami akan teruskan kemaskini untuk pitis ini di lain masa.

Pitis Malik Al-Adil Tengah Lubang Petak

Posted on Updated on

Penemuan terbaru oleh saudara Anuar Nordin di Kelantan amat membanggakan. Kondisi yang amat cantik dengan setiap tulisannya jelas dan tiada air-trap.

SS31 iiSS31 iDapat melihat dengan mata kasar dan memegangnya sendiri memberikan kepuasan yang tidak terhingga. Pitis ini biasa di jumpai di Kelantan dan Terengganu.

Tertera tulisan Malik Al-Adil (florish), khat ‘ekor udang’ di kenali oleh numismatis Pitis Kesultanan. Diameter 28.5 mm dan berat 5.04 gram. Belakang kosong.

Terdapat juga pitis ini di tengah nya lubang bulat, satu variasi yang lebih susah untuk di temui berbanding dengan yang lubang petak.

Klik pada gambar untuk melihat gambar yang lebih jelas. Jangan lupa saksikan video 3D pitis ini… KLIK DI SINI

Nothing To Hide – Pengalaman 2 tahun sebagai Numismatik

Posted on Updated on

AlhamdulilLah.. akhirnya pada 9 Jun 2015 kami berjaya menghasilkan satu kronologi perjalanan hidup dalam dunia numismatik ini. Kisahnya amat peribadi sepanjang 2 tahun dalam dunia numismatik. Kenapa cerita ini di tulis? Jawabnya kerana kami betul2 yakin peracangan yang betul pasti natijahnya gemilang. Ramai di kalangan numismatis yang tidak fokus menyebabkan ada yang berhenti separuh jalan. Insyaa Allah semoga kisah peribadi ini dapat memberi manfaat kepada orang baru tentang dunia numismatik. Selamat membaca. Klik buku “Nothing To Hide” untuk memulakan muat turun (download) Nothing2hide

Pitis Astakona Terengganu

Posted on

Astakona bermaksud segi lapan.

Terdapat beberapa jenis Pitis Terengganu yang berbentuk Astakona ini. (klik gambar untuk melihat lebih jelas)

1. Uniface : Malik Al-Adil 2 baris

SS26 SS26

2. Uniface : Malik Al-Adil 3 baris

ss31a SS31a

3. Dwiface : Malik Al-Adil dan Khalifatul Mukminin

SS25 SS25

4. Dwiface Malik Al-Adil dan corak bunga

Terdapat juga variasi retrograde dan error. Insyaa Allah di lain kali kami teruskan perkongsian ini

Pitis Maa-Lik ( مالك ) Al-‘adil ( العادل )

Posted on

Penggunaan Maa-Lik ( مالك ) pada pitis amat jarang di temui, pada kebiasaanya di tulis tanpa “alif” Malik ( ملك ). Pitis ini di kodkan SS37, rarity RR.

SS37 Johor i
klik untuk pembesaran
SS37 Johor ii
klik untuk pembesaran

Berdasarkan tulisan (trace merah) kami mendapati gaya tulisannya tidak kemas dan off-center menyebabkan huruf “Lam” hilang. Terdapat beberapa keping yang sempat kami lihat yang mana tulisannya agar kemas,

SS37 Johor trace
tracing

Kemungkinan ada terdapat pitis ini yang ejaannya sebelah ‘Maa-lik’ dan sebelah lagi ‘Malik’

Khalifatul Mukminin

Posted on Updated on

Pitis Kelantan tanpa tarikh, mempunyai pelbagai diameter, dicatatkan dari 22mm – 29mm. Pitis ini mempunyai tulisan Khalifah Al-Mukminin ( خليفة المؤمنين ). Yang menariknya Pitis ini terbahagi kepada beberapa variasi tulisan:

i. Tulisan terbalik sebelah – KEL.R1a (Kod SS3)

ii. Tulisan terbalik di kedua belah – KEL R1b (Kod SS4)

iii. Tulisan ber’bunga’ (florish) atau di kenali sebagai ekor ikan / udang (fishtail / prawntail) Tulisan normal – KEL.R1f (Kod SS2), juga terdapat pada KEL.R1a dan KEL.R1b

iv. Tulisan silap ejaan (miss-spelt) (Kod SS3)

Insyaa Allah kami akan kemaskini perbincangan ini di lain waktu

fishtail
KEL.R1a Fishtail
SS1 iii
KEL.R1
SS1 iv
KEL.R1

Pitis Malik Al-Adil ‘spike’

Posted on Updated on

Untuk lebih mudah di ingati maka kami tambah perkataan ‘spike’ (paku) pada Keton berkod SS36, rarity RR. Khatnya amat menarik. Penelitian kami mendapati hanya pitis ini yang di tulis dengan khat sebegini.

Perkataan Malik ( ملك ) dan Al-Adil – 2 baris (  دل )( ا لعا ) seperti contoh pitih Kod SS28 (Johor). Bedanya hanya pada bentuk dan tulisannya sahaja.

ss36 johor i
Malik (klik untuk gambar lebih jelas)
ss36 johor ii
Al-Adil (klik untuk gambar lebih jelas)

Pitis Makam Tauhid

Posted on Updated on

Makam Tauhid terletak di Kg Makam 2 kilometer dari Kota Tinggi.Kota Makam Tauhid pernah dijadikan ibu Negeri Johor buat kali pertama pada tahun 1637 semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah III (1623-1677)

ss25 johor
Makam Tauhid
ss25 johor
Adil

Satu jumpaan pitis timah Johor (KETON) yang bertulis Makam Tauhid ( مقام توحيد ) dan ‘Adil ( عادل ) di sebelahnya. Berdiameter +/-16.8 mm dan berat 1.77 gram.

Buat masa ini itu sahaja maklumat yang kami perolehi. Menurut buku rujukan pitis ini kod SS25, rarity : RR

*klik pada gambar untuk pembesaran